FAQ
Login

FAQ

A Quick Guide Before You Start Saving Gold

Answers to the most frequently asked questions about MEEM gold savings, so users can understand more clearly before getting started.

Apakah beza harga akaun emas Meem berbanding harga emas fizikal? +

Harga akaun emas Meem berubah setiap hari pada/selepas jam 12 malam sementara harga fizikal berubah setiap 15 minit, oleh itu dalam satu-satu masa, harga Meem lebih rendah atau tinggi dari harga fizikal. Selain dari itu, harga Meem sama bagi setiap gram, tetapi harga fizikal tidak sama. Lebih besar gram emas fizikal, lebih rendah harga per gram.

Manakah lebih baik? Simpan emas 999 atau emas perhiasan 916? +

Sememangnya emas simpanan 999 atau emas 24k mempunyai kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan emas perhiasan 916 atau emas 22k. Kerana emas perhiasan mempunyai caj upah yang lebih tinggi, kurang sesuai untuk dijadikan simpanan dan dengan harapan mendapat pulangan yang tinggi.

Bila waktu paling sesuai untuk membeli emas? +

Untuk makluman, waktu paling sesuai beli emas ialah bila kita ada duit saving yang TIDAK akan kita gunakan dalam masa terdekat. Kalau nak tunggu harga rendah, TIDAK ada siapa pun tahu esok harga akan rendah atau tinggi.

Apakah perbezaan dinar emas dan emas gold bar? +

Perbezaan paling ketara ialah dari ukuran dan design. 1 dinar bersamaan 4.25 gram. Pada kebiasaannya set dinar akan berbentuk bulat sementara gold bar pula berbentuk petak.

Adakah wajib bayar zakat untuk akaun emas Meem? +

Emas dalam bentuk akaun mahupun fizikal, gold bar atau dinar, jika jumlah emas simpanan mencecah 85 gram atau lebih, dan simpanannya cukup setahun, wajib bayar zakat pada kadar 2.5% daripada harga emas semasa. Maklumat lanjut sila layari: zakat.com.my

Apa perlu saya buat untuk daftar sebagai ahli Meem? +

Ianya mudah sahaja. Isikan maklumat diri anda disini. Selepas daftar, untuk mendapat bimbingan dari saya, sila whatsapp saya disini.

Pendidikan Bagi Anak Muda? +

Mulakan simpanan emas anak-anak anda seawal usia dengan hanya RM10 sahaja. Untuk kanak-kanak di bawah 21 tahun, inilah langkah pertama membina dana pendidikan yang kukuh. Sedikit demi sedikit, simpanan emas mereka akan berkembang menjadi aset berharga yang mampu menyokong impian hingga ke menara gading.

Perlukah saya beli emas dari jenama besar? +

Tidak semestinya. Elakkan beli semata-mata kerana jenama. Pilih emas tulen 999.9 yang harganya lebih berbaloi berbanding bayaran tambahan untuk jenama.

Apa perlu saya buat kalau harga emas turun? +

Jangan panik. Anggap ia peluang untuk tambah simpanan di tabung GSS pada harga yang lebih rendah.

Berapa banyak patut saya simpan dalam bentuk emas? +

Ia bergantung kepada keadaan kewangan peribadi anda. Namun, asas yang perlu difahami ialah simpanan emas bukan untuk menggantikan tunai sepenuhnya, tetapi berperanan sebagai pelindung nilai dan backup kewangan jangka panjang. Langkah yang disarankan: 1️⃣ Bina simpanan kecemasan tunai dahulu – Sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan, supaya mudah dicairkan bila perlu segera. 2️⃣ Bila tunai sudah stabil, alihkan sebahagian simpanan jangka panjang ke dalam bentuk emas. 💡 Sasaran terbaik: 10% daripada gaji disimpan dalam emas tulen 999.9.

Adakah emas hanya untuk perempuan? +

Tidak. Kini, semakin ramai lelaki bijak menjadikan emas sebagai perlindungan kewangan masa depan kerana ia mudah dicairkan ketika kecemasan, boleh digunakan sewaktu sakit, membantu keluarga, menampung kos pendidikan, dan pada masa yang sama melatih diri untuk konsisten menyimpan. Malah, dengan hanya satu gram sebulan pun sudah cukup untuk membina simpanan emas yang bernilai dalam jangka panjang.

Travel tanpa guna duit gaji? +

Boleh. Ramai sangka nak travel kena tunggu bonus, buat overtime atau pinjam, sedangkan simpanan emas boleh dijadikan backup bijak. Contohnya, kalau setiap bulan tukar 1 gram emas, setahun sudah cukup 12 gram dan nilainya mampu menampung kos melancong ke destinasi seperti Turki. Apabila tarikh percutian semakin dekat, anda boleh cairkan sedikit emas yang terkumpul tanpa perlu usik gaji bulanan, jadi bajet harian kekal selamat sambil impian travel tercapai.